Saturday, 22 September 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 telah disambut pada tanggal 31 Ogos 2012.
Tabika KEMAS IPD Seri Iskandar juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan kanak-kanak menyambut hari yang sangat bermakna itu.

Ini adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak agar mereka dapat mengingati dan menghargai akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Selain itu juga, dapat menerapkan nilai kecintaan terhadap tanah air yang tercinta. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak seumpama kain putih yang perlu dicorakkan dengan sebaik-baiknya agar menjadi anak bangsa yang berguna kepada tanah air.

Antara aktiviti yang dijalankan:-

  1. perbarisan
  2. lagu Negaraku, Negeri Perak, Jalur Gemilang dan Tanggal 31
  3. larian merdeka
  4. pertandingan mewarna bersama ibubapa


                                         

                   

Lompat Tikus

Senarai keperluan
tempat- kawasan lapang
bilangan kanak-kanak- 4 orang

Cara Bermain
1) dua orang pemain akan duduk bertentangan dan meletakkan tangan ditengah-tengah antara keduanya
2) tangan hendaklah dijengkalkan ke atas berperingkat-peringkat
3) 2 orang lagi pemain akan melompat tangan yang dijengkalkan
4) sekiranya pemain yang melompat gagal atau terkena pada tangan yang dijengkalkan dia akan terkeluar
5) pemenang adalah pemain yang dapat melompat melepasi jengkal yang paling tinggi

              
                           


                                       

Susup Gelung Rotan Berganti-ganti

Tujuan Permainan:- kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur

Senarai keperluan:
tempat- kawasan lapang
bahan- gelung rotan sebanyak 10 unit

Peraturan permainan
1) setiap kanak-kanak perlu mneyusur dalam gelung rotan sehingga ke hujung barisan
2) kanak-kanak yang seterusnya hanya boleh masuk kedalam gelung rotan apabila orang yang sebelumnya sudah tamat menyusur

Cara bermain
1) buat 4 barisan 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan kanak-kanak memegang gelung rotan
2) setiap barisan ada 5-7 orang kanak-kanak
3) barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan mestilah berada dalam barisan yang bertentangan
4) apabila dibunyikan wisel, kanak-kanak yang pertama akan berlari dan menyusur kedalam gelung rotan sehingga tamat diikuti dengan rakan yang seterusnya

Police and Thief

Tujuan Permainan:
1) menangkap pemain yang dikejar
2) tiada peralatan digunakan
3) tempat-kawasan lapang
4)bilangan kanak-kanak- lebih dari 3 orang

peraturan permainan:- siapa yang ditangkap akan jadi pengejar

cara bermain:
1) bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2) undian dibuat dengan cara menyanyikan lagu

                        police and thief
                        one two jaga!
                        one hundred police and thief
                     
3) sekiranya pemain itu terkena pada perkataan police (dia akan jadi polis) and thief (akan jadi pencuri)
4) polis akan mengejar pencuri
5) apabila polis dapat menangkap pencuri dia akan diletakkan dalam bulatan dan apabila disentuh oleh ahli kumpulan, dia boleh dikejar semula


                                         
                                      

Bola dan Monyet

Senarai Keperluan
1. Bola
2. Tempat: Kawasan lapang

Peraturan permainan
Apabila bola dapat di tangkap oleh monyet ( kanak-kanak ), orang yang mencampak bola akan jadi monyet pula.

Cara bermain

1. Setiap kumpulan kanak-kanak terdiri 3 orang
2. Dua orang di depan dan belakang dengan jarak antara satu lebih kurang 10 kaki
3. Seorang ditengahnya menjadi monyet
4. Pemain akan mencampakkan bola kepada rakan seorang lagi, manakala monyet yang ditengah akan cuba untuk menangkap bola tersebut.
5. Apabila monyet dapat menangkap bola, maka orang yang membaling bola tadi akan menjadi monyet.
6. Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan.
 
                                                  

Lompat Kanggaroo

senarai keperluan:
1) 9 gelung rotan (mengikut jumlah kanak-kanak)
2) kon

bilangan kanak-kanak- 15 orang
tempat- kawasan lapang

Cara Bermain:
1) gelung rotan disusun berselang seli dengan jarak 2 kaki antara gelung rotan
2) kanak-kanak berada dalam 3 kumpulan seramai 5 orang
3) mereka akan berlari menuju ke arah gelung rotan dan melompat kedalam gelung rotan satu persatu sehingga gelung rotan terakhir dan berpusing melalui kon
4) pergerakkan ini dilakukan berulang sehingga peserta yang terakhir akan melompat dan berlari kearah garisan penamat



Isi air dalam botol

senarai keperluan:
1) air
2) botol
3) span
4) kerusi
5) kon

tempat- kawasan lapang
bilangan kanak-kanak: 6 atau lebih

cara bermain:

1) kanak-kanak berada dalam kumpulan ( 3 atau lebih)
2) kanak-kanak akan berlari ke arah tempat yang berisi air dan memasukkan air kedalam botol yang disediakan dengan menggunakan span.
3) perkara yang sama akan dilakukan oleh kawan dalam kumpulan yang sama sehingga giliran mereka berakhir
4) pemenang akan dikira berdasarkan air yang diisi sehingga penuh.











                                         

Music Chair

Senarai Keperluan:

1) kerusi (kerusi mesti kurang daripada bilangan pemain)
2) radio

tempat:- kawasan lapang
bilangan kanak-kanak: tiada had

Cara Bermain:

1) kerusi disusun dalam bentuk bulatan (kerusi mesti kurang daripada bilangan pemain)
2) kanak-kanak berdiri dibelakang kerusi
3) muzik akan dimainkan dan kanak-kanak akan berjalan mengelilingi kerusi
4) apabila muzik dihentikan kanak-kanak akan berebut untuk mendapatkan kerusi masing-masing
5) sekiranya kanak-kanak tidak dapat tempat duduk mereka akan dikeluarkan dari permainan
6) permainan diteruskan lagi dengan mengurangkan kerusi sehinggalah tinggal 1 kerusi
7) untuk menentukan pemenang, siapa yang dulu duduk akan dikira pemenang.


                                            


                                           
                                                 

Kotak Beracun

senarai keperluan:
1) kotak berisi perkataan-perkataan perbuatan. contoh: MENYANYI
2) radio

tempat: kawasan lapang atau dalam kelas

cara bermain:

1) kanak-kanak berada didalam bulatan
2) guru akan memainkan lagu diradio sambil kotak diberikan kepada kanak-kanak yang berada didalam bulatan
3) kotak akan bergerak dari seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain dalam bulatan sehingga muzik yang dimainkan dihentikan.
4) apabila muzik berhenti dan kotak berada di tangan kanak-kanak terakhir memegangnya akan membuka kotak tersebut dan mengambil salah satu kertas yang bertulis
5) kanak-kanak akan melakukan perbuatan mengikut perkataan yang diberi

                                               





Ikan di dalam jaring

Senarai Keperluan
1.   Bahan atau peralatan - tiada
2.   Tempat:  kawasan lapang
                    - Kolam atau pun laut yang dibina dengan menggunakan kapur ataupun tepung.
                       Ambil kapur dan lukis diatas lantai atau gunakan tepung dan taburkan diatas rumput.Buat                        supaya berbentuk bulat.
3.  Bilangan kanak-kanak: 10 hingga 25 orang


Peraturan permainan
Ikan dalam jaring perlu keluar daripada jaring sebanyak mungkin

Cara Bermain

1.  10 hingga 15 orang kanak-kanak berpegang tangan dalam barisan memanjang membentuk jaring.
2.  Jaring perlu berada ditepi kolam ataupun ditengah laut.
3.  Separuh lagi kanak-kanak menjadi ikan.
4.  Kanak-kanak bergerak didalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam dan beraksi seperti ikan      berenang.
5.  Apabila isyarat atau wisel dibunyikan, jaring cuba mengepung ikan dan ikan akan cuba untuk meloloskan diri dari jaring dengan melompat atau menyusup jaring.
6. Ikan tidak boleh keluar daripada kolam, sekiranya ikan ditangkap atau keluar dari kolam semasa permainan tidak boleh untuk bermain lagi.



Bawa Mutiara

Senarai Peralatan:
1)bola ping pong
2) sudu
3) kon

bilangan kanak-kanak-10 atau lebih

Cara bermain:
1) kanak-kanak duduk dalam kumpulan (1 kumpulan 2 orang atau lebih)
2) kanak-kanak yang dihadapan dalam kumpulan akan membawa bola ping pong didalam sudu
3) pemain akan berlari ke hadapan, mengelilingi kon dan berpatah balik kepada kumpulannya dan memberikan sudu dan bola ping pong kepada pemain kedua
4) pemain seterusnya akan berlari menuju ke garisan penamat







Bawa Bola Dalam Gelung Rotan

Senarai keperluan:
1) Bola
2) Gelung rotan
3) Kon

Bilangan Kanak-kanak- 9 orang

Cara Permainan:
1) Kanak-kanakdibahagi kepada 3 kumpulan dimana setiap kumpulan ada 3 orang
2) Kanak-kanak yang berada dihadapan di dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan membawa bola dalam gelung rotan dan berpusing mengelilingi kon
3) Apabila sampai kepada kumpulan orang yang kedua akan meneruskan permainan sehingga orang yang terakhir meneruskan permainan sehingga ke garisan penamat



4) Kumpulan yang terawal sampai ke garisan penamat, mereka adalah pemenangnya

Perigi Beracun

Peralatan--Gelung rotan
Tempat--kawasan lapang
Bilangan kanak-kanak-- 4 hingg 5 orang

Peraturan Permainan
* mereka yang termasuk dalam perigi (gelung rotan) semasa tarik menarik akan mati

Cara bermain:

1) Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-kanak
2) Kanak-kanak berpegang tangan membentuk bulatan
3) Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan
4) Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan
5) Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan daripada kumpulan


                                           https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwF7PtKU0msis3lhcGoqJuqG6RptG7b78iRyjrYRreQGbpkKQWY6ClIMSpvUxkFZwJmeHVLQ9bAO3tRB81fXegY3wxGrzfegWhNRj8zaoXwRUAoXsk2GxW9-SjCpUkAsS2H-J6P3CVgpo/s320/cats.jpg

Kambing dengan harimau

Senarai Keperluan :

-Kawasan lapang
-bilangan kanak-kanak melebihi 5 orang

 Cara Bermain:

1) Buat bulatan dan kanak-kanak berpegangan tangan
2) Dua orang kanak-kanak diplih untuk menjadi harimau (diluar bulatan) dan seorang lagi menjadi  kambing(duduk didalam bulatan)
3)Kanak-kanak yang didalam bulatan akan keluar dari bulatan, apabila kanak-kanak yang menjadi harimau melihat kambing keluar dari bulatan dia terus mengejar
4) Kambing akan berlari dan cuba untuk memasuki dalam bulatan semula
5) Sekiranya harimau dapat menangkap kambing, maka pemain itu akan digantikan dengan orang lain dan dia terkeluar dari permainan itu







Mau Bunga Apa?

Cara Permainan:-Tiada had bilangan kanak-kanak
Tempat- bebas

Objektif:

1) Kanak-kanak dapat mengingati pelbagai jenis bunga
2) Dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak


Cara Bermain:

1) Kanak-kanak duduk dalam kumpulan seramai tiga orang atau lebih
2) Kanak-kanak akan menghulurkan tangan mereka sambil menyanyikan lagu


                                         Ti...te...kati
                                         Termakan tiga kati
                                         Hang mau bunga apa?


3) Kanak-kanak yang ditunjukkan pada rangkap lagu yang terakhir akan ditanya mahu bunga apa dan kanak-kanak itu akan menjawab bunga yang dikehendaki
4) Setelah itu, jari nya akan dibengkokkan ke dalam
5) Sekiranya dia dapat membengkokkan kesemua jari, dia dikira sebagai pemenang yang pertama.
6) Bagi yang terakhir jarinya dapat dibengkokkan, pemain itu akan didenda








                                                

                               










Musang dan Ayam

Senarai Keperluanan
- Kunci daripada polistren yang berbagai warna
-bilangan kanak-kanak tiada terhad
-bermain dikawasan lapang.

Objektif permainan
1. Kanak-kanak dapat mengecam dan mengenal warna
2. Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan bertanggungjawab kerana mempertahankan ahli kumpulan daripada di ganggu oleh orang lain.
3. Dapat melahirkan perasaan gembira kanak-kanak sewaktu bermain

Cara bermain

1.  Kanak-kanak membuat barisan, salah seorang daripada kanak-kanak di minta kedepan untuk menjadi seekor  musang.
2.  Kanak-kanak yang berada di barisan depan akan dijadikan ibu  ayam manakala kanak-kanak yang dibelakangnya akan menjadi anak ayam.
3.  Kanak-kanak yang menjadi musang akan bertanya dengan kanak-kanak yang menjadi ibu ayam

Musang:       Tuk..tuk...tuk
Ibu ayam:     siapa tu ?
Musang:       Saya.
Ibu ayam:     Nak apa.
Musang:       Nak kunci
Ibu ayam:     Warna apa
Musang:       Warna merah
Ibu ayam:     Tak ada, warna kuning ada
Musang:       Boleh tengok?
Ibu ayam:     Tak boleh.
Musang:       Boleh masuk
Ibu ayam:     Tak boleh
Musang:       Aku nak makan anak-anak kamu...

4.  Kanak-kanak yang menjadi musang tadi akan mengejar kanak-kanak yang menjadi ibu ayam
5.  Kanak-kanak yang menjadi ibu ayam tadi akan mempertahankan anak-anaknya.






6.  Sekiranya musang dapat menangkap salah seorang daripada anak-anak ayam, maka kanak-kanak itu akan menjadi musang pula menggantikan musang yang pertama.

Atur-atur Piring

Bilangan kanak-kanak tiada had.
Tempat- bebas
Alat- buah dadu

Objektif :

1) Kanak-kanak dapat meneka kedudukan benda yang disembunyikan
2) Dapat meningkatkan daya berfikir kanak-kanak


 Cara bermain:

1) Seorang kanak-kanak akan membongkokkan badan
2) Kanak-kanak yang lain akan meletakkan tapak tangan mereka diatas belakang kanak-kanak yang membongkok tadi sambil menyanyikan lagu "atur atur piring".
      
                                           Atur-atur piring nyeberang nyebering
                                           Sandang dapat setengah gunting
                                           Kuda berlari dihujung papan
                                           Merbah mati datuk pengsan
                                            
                                           Cak neram benang emas 2X
                                             
 3) Kanak-kanak yang membongkok tadi akan bangun dan meneka dimanakah terletaknya buah dadu
4) Sekiranya tekaan nya tidak tepat, dia akan didenda dengan diberi mengeja perkataan contohnya :     RAMBUTAN