Friday 24 May 2013

MY PROFILE



 PENGURUSAN SUMBER
TP 3240 (D)

DI SEDIAKAN OLEH
ZAINAB BINTI DAMURI
NO.MATRIK:27550
KUMPULAN / UNIT
KDPM KDC ( KEMAS )
AMBILAN NOVEMBER 2010
PERINGKAT 4
DI SEDIAKAN UNTUK
EN. RIDZA AHMAD NIZAM B. ABD RAOF

Are you sleeping & little indian boys


Saturday 22 September 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 telah disambut pada tanggal 31 Ogos 2012.
Tabika KEMAS IPD Seri Iskandar juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan kanak-kanak menyambut hari yang sangat bermakna itu.

Ini adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak agar mereka dapat mengingati dan menghargai akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Selain itu juga, dapat menerapkan nilai kecintaan terhadap tanah air yang tercinta. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak seumpama kain putih yang perlu dicorakkan dengan sebaik-baiknya agar menjadi anak bangsa yang berguna kepada tanah air.

Antara aktiviti yang dijalankan:-

  1. perbarisan
  2. lagu Negaraku, Negeri Perak, Jalur Gemilang dan Tanggal 31
  3. larian merdeka
  4. pertandingan mewarna bersama ibubapa


                                         

                   

Lompat Tikus

Senarai keperluan
tempat- kawasan lapang
bilangan kanak-kanak- 4 orang

Cara Bermain
1) dua orang pemain akan duduk bertentangan dan meletakkan tangan ditengah-tengah antara keduanya
2) tangan hendaklah dijengkalkan ke atas berperingkat-peringkat
3) 2 orang lagi pemain akan melompat tangan yang dijengkalkan
4) sekiranya pemain yang melompat gagal atau terkena pada tangan yang dijengkalkan dia akan terkeluar
5) pemenang adalah pemain yang dapat melompat melepasi jengkal yang paling tinggi

              
                           


                                       

Susup Gelung Rotan Berganti-ganti

Tujuan Permainan:- kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur

Senarai keperluan:
tempat- kawasan lapang
bahan- gelung rotan sebanyak 10 unit

Peraturan permainan
1) setiap kanak-kanak perlu mneyusur dalam gelung rotan sehingga ke hujung barisan
2) kanak-kanak yang seterusnya hanya boleh masuk kedalam gelung rotan apabila orang yang sebelumnya sudah tamat menyusur

Cara bermain
1) buat 4 barisan 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan kanak-kanak memegang gelung rotan
2) setiap barisan ada 5-7 orang kanak-kanak
3) barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan mestilah berada dalam barisan yang bertentangan
4) apabila dibunyikan wisel, kanak-kanak yang pertama akan berlari dan menyusur kedalam gelung rotan sehingga tamat diikuti dengan rakan yang seterusnya

Police and Thief

Tujuan Permainan:
1) menangkap pemain yang dikejar
2) tiada peralatan digunakan
3) tempat-kawasan lapang
4)bilangan kanak-kanak- lebih dari 3 orang

peraturan permainan:- siapa yang ditangkap akan jadi pengejar

cara bermain:
1) bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2) undian dibuat dengan cara menyanyikan lagu

                        police and thief
                        one two jaga!
                        one hundred police and thief
                     
3) sekiranya pemain itu terkena pada perkataan police (dia akan jadi polis) and thief (akan jadi pencuri)
4) polis akan mengejar pencuri
5) apabila polis dapat menangkap pencuri dia akan diletakkan dalam bulatan dan apabila disentuh oleh ahli kumpulan, dia boleh dikejar semula


                                         
                                      

Bola dan Monyet

Senarai Keperluan
1. Bola
2. Tempat: Kawasan lapang

Peraturan permainan
Apabila bola dapat di tangkap oleh monyet ( kanak-kanak ), orang yang mencampak bola akan jadi monyet pula.

Cara bermain

1. Setiap kumpulan kanak-kanak terdiri 3 orang
2. Dua orang di depan dan belakang dengan jarak antara satu lebih kurang 10 kaki
3. Seorang ditengahnya menjadi monyet
4. Pemain akan mencampakkan bola kepada rakan seorang lagi, manakala monyet yang ditengah akan cuba untuk menangkap bola tersebut.
5. Apabila monyet dapat menangkap bola, maka orang yang membaling bola tadi akan menjadi monyet.
6. Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan.