Saturday 22 September 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 telah disambut pada tanggal 31 Ogos 2012.
Tabika KEMAS IPD Seri Iskandar juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan kanak-kanak menyambut hari yang sangat bermakna itu.

Ini adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak agar mereka dapat mengingati dan menghargai akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Selain itu juga, dapat menerapkan nilai kecintaan terhadap tanah air yang tercinta. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak seumpama kain putih yang perlu dicorakkan dengan sebaik-baiknya agar menjadi anak bangsa yang berguna kepada tanah air.

Antara aktiviti yang dijalankan:-

  1. perbarisan
  2. lagu Negaraku, Negeri Perak, Jalur Gemilang dan Tanggal 31
  3. larian merdeka
  4. pertandingan mewarna bersama ibubapa


                                         

                   

No comments:

Post a Comment