Saturday 22 September 2012

Musang dan Ayam

Senarai Keperluanan
- Kunci daripada polistren yang berbagai warna
-bilangan kanak-kanak tiada terhad
-bermain dikawasan lapang.

Objektif permainan
1. Kanak-kanak dapat mengecam dan mengenal warna
2. Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan bertanggungjawab kerana mempertahankan ahli kumpulan daripada di ganggu oleh orang lain.
3. Dapat melahirkan perasaan gembira kanak-kanak sewaktu bermain

Cara bermain

1.  Kanak-kanak membuat barisan, salah seorang daripada kanak-kanak di minta kedepan untuk menjadi seekor  musang.
2.  Kanak-kanak yang berada di barisan depan akan dijadikan ibu  ayam manakala kanak-kanak yang dibelakangnya akan menjadi anak ayam.
3.  Kanak-kanak yang menjadi musang akan bertanya dengan kanak-kanak yang menjadi ibu ayam

Musang:       Tuk..tuk...tuk
Ibu ayam:     siapa tu ?
Musang:       Saya.
Ibu ayam:     Nak apa.
Musang:       Nak kunci
Ibu ayam:     Warna apa
Musang:       Warna merah
Ibu ayam:     Tak ada, warna kuning ada
Musang:       Boleh tengok?
Ibu ayam:     Tak boleh.
Musang:       Boleh masuk
Ibu ayam:     Tak boleh
Musang:       Aku nak makan anak-anak kamu...

4.  Kanak-kanak yang menjadi musang tadi akan mengejar kanak-kanak yang menjadi ibu ayam
5.  Kanak-kanak yang menjadi ibu ayam tadi akan mempertahankan anak-anaknya.






6.  Sekiranya musang dapat menangkap salah seorang daripada anak-anak ayam, maka kanak-kanak itu akan menjadi musang pula menggantikan musang yang pertama.

1 comment:

  1. rindu pula aku masa budak-budak dulu... selalu main permainan macam ni... actually sampai form 5 AHAHAHAHA tapi disebabkan covid19 ni.. ndk lah sdh dpt main dengan kawan2

    ReplyDelete