Saturday 22 September 2012

Ikan di dalam jaring

Senarai Keperluan
1.   Bahan atau peralatan - tiada
2.   Tempat:  kawasan lapang
                    - Kolam atau pun laut yang dibina dengan menggunakan kapur ataupun tepung.
                       Ambil kapur dan lukis diatas lantai atau gunakan tepung dan taburkan diatas rumput.Buat                        supaya berbentuk bulat.
3.  Bilangan kanak-kanak: 10 hingga 25 orang


Peraturan permainan
Ikan dalam jaring perlu keluar daripada jaring sebanyak mungkin

Cara Bermain

1.  10 hingga 15 orang kanak-kanak berpegang tangan dalam barisan memanjang membentuk jaring.
2.  Jaring perlu berada ditepi kolam ataupun ditengah laut.
3.  Separuh lagi kanak-kanak menjadi ikan.
4.  Kanak-kanak bergerak didalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam dan beraksi seperti ikan      berenang.
5.  Apabila isyarat atau wisel dibunyikan, jaring cuba mengepung ikan dan ikan akan cuba untuk meloloskan diri dari jaring dengan melompat atau menyusup jaring.
6. Ikan tidak boleh keluar daripada kolam, sekiranya ikan ditangkap atau keluar dari kolam semasa permainan tidak boleh untuk bermain lagi.



No comments:

Post a Comment