Friday 21 September 2012

Tebang-tebang Tebu

Senarai Keperluan:

1) Tiada had bilangan kanak-kanak
2) Bermain di kawasan lapanng/ rumah

Cara Permainan:

1) Kanak-kanak membuat bulatan dengan posisi duduk dan tangan diletakkan di lantai
2) Salah seorang kanak-kanak akan menjadi ketua dan berada ditengah-tengah bulatan tersebut
3) Kanak-kanak akan menyanyikan lagu bersama-sama sambil ketua menepuk tangan kanak-kanak yang lain mengikut giliran

              Tebang-tebang tebu
             Kuala sawa
               Hujan gunung mandi dikatung
              Sirih Rampai pinang berseri
              Mintak peluk tangan kiri


kanak-kanak duduk dalam bulatan sambil menghulurkan tangan kedepan


                                        ketua bertanya pada pemain "nak kapak atau gergaji?"


                               ketua akan menarik tangan sehingga pemain melepaskan tangannya.


4) Apabila berakhir lagunya dirangkap "peluk tangan kiri" terkena pada tangan pemain maka pemain tadi perlu meletakkan kedua-dua tangan ke atas bahu kiri  dan kanan bersilang
5) Sekiranya semua pemain sudah meletakkan tangan masing-masing ke atas bahu. Maka ketua akan bertanya pada setiap pemain "nak kapak atau gergaji?"
6) kalau jawapannya gergaji, ketua akan mengayakan seperti gergaji pada tangan pemain yang dibengkokkan tadi
7) Apabila selesai ketua akan menarik tangan yang telah digergaji tadi
8) Andainya tangan itu masih kuat, ketua akan mengulangi sehinggalah dapat diuraikan.
9) Pemenang akan dikira berjaya kerana dapat mempertahankan tangannya daripada dijatuhkan ke bawah

Objektif:

1) Permainan ini dapat mengembangkan bahasa kanak-kanak melalui lagu dan juga dapat meningkatkan kemahiran bersoal jawab kanak-kanak
2) Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak dan juga dapat meluahkan perasaan gembira dan seronok kanak-kanak semasa bermain.

No comments:

Post a Comment