Sunday 5 August 2012

Permainan Pukul Lalat

Senarai Keperluan
1.   Saputangan
2.   Bilangan Pemain : Tiada had

Cara bermain
1.  Kanak-kanak perlu membuat satu bulatan dan duduk bertinggung atau mencangkung arah bulatan sambil      tangan diletak kebelakang.

2.  Pilih salah seorang daripada kanak-kanak keluar untuk membawa saputangan.

3.  Kanak-kanak yang dipilih tadi ( pemain A ) berdiri diluar bulatan sambil memegang saputangan dan
     akan meletakan saputangan dibelakang sesiapa saja yang berada dibulatan itu tanpa disedari.

4.  Sekiranya saputangan telah diletakan dibelakang salah seorang kanak-kanak didalam bulatan, dia
     (pemain B) akan bangun dan mengejar kanak-kanak yang telah meletakan saputangan tadi (pemain A).

5.  Pemain A akan mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pemain B yang mem
     bawa saputangan.

6.  Jika pemain A belum dapat mencari tempat duduk dan telah terkena sapu tangan dari pemain B, maka
     dia akan mengulangi semula permainan tersebut dan pemain B duduk, jika sebaliknya pemain A telah ber
     jaya mencari tempat duduk, maka pemain B pula akan mengulangi permainan meletakan sapu tangan di
     belakang pemain-pemain yang lain. 

Tujuan Permainan

Adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu. Selain dari itu dapat meningkatkan sosioemosi kanak-kanak.



No comments:

Post a Comment