Senarai Keperluan
1. Topeng harimau
2. Bilangan pemain : Tiada had
Cara bermain
1. Kanak-kanak membuat satu barisan panjang ( kalau bilangan kanak-kanak kurang dari 10 orang)
Kalau lebih dari 10 orang kanak-kanak boleh buat 2 barisan.
2. Salah seorang daripada kanak-kanak di minta keluar untuk menjadi Datuk Harimau dengan memakai
topeng harimau.
3. Kanak-kanak yang menjadi datuk harimau akan berdiri di depan sekali, manakala kanak-kanak yang
berbaris tadi akan bertanya dengan datuk harimau " pukul berapa datuk harimau"
4. Datuk harimau akan menjawab setiap jam dari pukul satu sehinggalah pukul berapa yang dikehendakinya.
5. Datuk harimau akan mengejar mangsanya mengikut waktu ( jam yang dikehendakinya)
6. Kanak-kanak yang berbaris tadi akan berlari kerana takut dimakan oleh datuk harimau.
7. Sekiranya datuk harimau dapat menangkap salah seorang dari mereka, maka kanak-kanak itu pula akan
jadi datuk harimau.
Tujuan permainan
Permainan Pukul berapa datuk harimau ini dapat meningkatkan daya kognitif kanak-kanak dan juga pengetahuan tentang masa iaitu masa rehat dan waktu makan. Selain dari itu juga kanak-kanak rasa gembira dan seronok bermain dengan kawan-kawan sebaya.
Sunday, 5 August 2012
Permainan Pukul Lalat
Senarai Keperluan
1. Saputangan
2. Bilangan Pemain : Tiada had
Cara bermain
1. Kanak-kanak perlu membuat satu bulatan dan duduk bertinggung atau mencangkung arah bulatan sambil tangan diletak kebelakang.
2. Pilih salah seorang daripada kanak-kanak keluar untuk membawa saputangan.
3. Kanak-kanak yang dipilih tadi ( pemain A ) berdiri diluar bulatan sambil memegang saputangan dan
akan meletakan saputangan dibelakang sesiapa saja yang berada dibulatan itu tanpa disedari.
4. Sekiranya saputangan telah diletakan dibelakang salah seorang kanak-kanak didalam bulatan, dia
(pemain B) akan bangun dan mengejar kanak-kanak yang telah meletakan saputangan tadi (pemain A).
5. Pemain A akan mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pemain B yang mem
bawa saputangan.
6. Jika pemain A belum dapat mencari tempat duduk dan telah terkena sapu tangan dari pemain B, maka
dia akan mengulangi semula permainan tersebut dan pemain B duduk, jika sebaliknya pemain A telah ber
jaya mencari tempat duduk, maka pemain B pula akan mengulangi permainan meletakan sapu tangan di
belakang pemain-pemain yang lain.
Tujuan Permainan
Adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu. Selain dari itu dapat meningkatkan sosioemosi kanak-kanak.

pengenalan
Tabika KEMAS Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar telah ditubuhkan pada Januari 2008..dimana guru yang mula-mula ditugaskan adalah Cik Faridah Binti Ahmad Nazdri. Disebabkan beliau sudah mendirikan rumahtangga maka beliau telah berpindah mengikut suaminya ke Bagai Serai.
Oleh kerana TBK ini ketiadaan guru, maka saya telah ditugaskan untuk mengambil alih mengajar disini.
Sebelum berpindah ke TBK ini saya mengajar di TBK Kg.Pasir Gajah, Parit yang jauhnya lebih kurang 40 kilometer pergi dan balik. Saya terpaksa berulang-alik dari Seri Iskandar setiap hari bekerja dari tahun 2005 sehinggalah bulan Disember 2011.
Alhamdullillah..akhirnya perjalanan saya ke tempat kerja sekarang hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja..Kanak-kanak yang belajar di Tabika ini adalah terdiri anak-anak anggota polis yang berada didalam kawasan perumahan ( kuaters polis ) ini, namun begitu ada juga kanak-kanak di luar dari kawasan kuaters polis seperti dari perumahan TLDM dan kawasan sekitar.

Subscribe to:
Posts (Atom)