Tabika KEMAS Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar telah ditubuhkan pada Januari 2008..dimana guru yang mula-mula ditugaskan adalah Cik Faridah Binti Ahmad Nazdri. Disebabkan beliau sudah mendirikan rumahtangga maka beliau telah berpindah mengikut suaminya ke Bagai Serai.
Oleh kerana TBK ini ketiadaan guru, maka saya telah ditugaskan untuk mengambil alih mengajar disini.
Sebelum berpindah ke TBK ini saya mengajar di TBK Kg.Pasir Gajah, Parit yang jauhnya lebih kurang 40 kilometer pergi dan balik. Saya terpaksa berulang-alik dari Seri Iskandar setiap hari bekerja dari tahun 2005 sehinggalah bulan Disember 2011.
Alhamdullillah..akhirnya perjalanan saya ke tempat kerja sekarang hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja..Kanak-kanak yang belajar di Tabika ini adalah terdiri anak-anak anggota polis yang berada didalam kawasan perumahan ( kuaters polis ) ini, namun begitu ada juga kanak-kanak di luar dari kawasan kuaters polis seperti dari perumahan TLDM dan kawasan sekitar.
No comments:
Post a Comment