Senarai Keperluan
1. Saputangan
2. Bilangan Pemain : Tiada had
Cara bermain
1. Kanak-kanak perlu membuat satu bulatan dan duduk bertinggung atau mencangkung arah bulatan sambil tangan diletak kebelakang.
2. Pilih salah seorang daripada kanak-kanak keluar untuk membawa saputangan.
3. Kanak-kanak yang dipilih tadi ( pemain A ) berdiri diluar bulatan sambil memegang saputangan dan
akan meletakan saputangan dibelakang sesiapa saja yang berada dibulatan itu tanpa disedari.
4. Sekiranya saputangan telah diletakan dibelakang salah seorang kanak-kanak didalam bulatan, dia
(pemain B) akan bangun dan mengejar kanak-kanak yang telah meletakan saputangan tadi (pemain A).
5. Pemain A akan mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pemain B yang mem
bawa saputangan.
6. Jika pemain A belum dapat mencari tempat duduk dan telah terkena sapu tangan dari pemain B, maka
dia akan mengulangi semula permainan tersebut dan pemain B duduk, jika sebaliknya pemain A telah ber
jaya mencari tempat duduk, maka pemain B pula akan mengulangi permainan meletakan sapu tangan di
belakang pemain-pemain yang lain.
Tujuan Permainan
Adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu. Selain dari itu dapat meningkatkan sosioemosi kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment