Sunday, 5 August 2012

Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau

Senarai Keperluan
1.  Topeng harimau
2.  Bilangan pemain :  Tiada had

Cara bermain

1.  Kanak-kanak membuat satu barisan panjang ( kalau bilangan kanak-kanak kurang dari 10 orang)
     Kalau lebih dari 10 orang kanak-kanak boleh buat 2 barisan.

2.  Salah seorang daripada kanak-kanak di minta keluar untuk menjadi Datuk Harimau dengan memakai
     topeng harimau.

3.  Kanak-kanak yang menjadi datuk harimau akan berdiri di depan sekali, manakala kanak-kanak yang
     berbaris tadi akan bertanya dengan datuk harimau " pukul berapa datuk harimau"

4.  Datuk harimau akan menjawab setiap jam dari pukul satu sehinggalah pukul berapa yang dikehendakinya.

5.  Datuk harimau akan mengejar mangsanya mengikut waktu ( jam yang dikehendakinya)

6.  Kanak-kanak yang berbaris tadi akan berlari kerana takut dimakan oleh datuk harimau.

7.  Sekiranya datuk harimau dapat menangkap salah seorang dari mereka, maka kanak-kanak itu pula akan
     jadi datuk harimau.


Tujuan permainan

Permainan Pukul berapa datuk harimau ini dapat meningkatkan daya kognitif kanak-kanak dan juga pengetahuan tentang masa iaitu masa rehat dan waktu makan. Selain dari itu juga kanak-kanak rasa gembira dan seronok bermain dengan kawan-kawan sebaya.


No comments:

Post a Comment